Thursday, November 20, 2008

South Peninsula Ride from East Coast to West Coast

17 Nov 2008 Isnin. Persediaan awal untuk perjalanan 1000km lebih dibuat dengan memeriksa kenderaan saya. Tekanan udara tayar 32 psi depan 34 psi belakang, aras minyak enjin yang sengaja saya lebihkan sedikit serta penukaran gegancu belakang dan depan serta rantai. Serta-merta saya dapat merasai kurangnya gegaran "thumper' buruk saya ini. Pada malam itu, Arif memaklumi saya bahawa dia tidak dapat menyertai "ride" ini kerana Pegaso Stradanya terpaksa dijual esok. Maka tinggal saya, Don Z1 dan Flybuster sahaja yang tinggal.

18 Nov 2008 Selasa. 7 am saya mendapat sms dari Don. Dia sudah tiba di tempat RV walhal RV sepatutnya jam delapan. Saya bergegas memasang kotak sisi dan memasukkan perkakas, minyak rantai dan kaleng "tyre fixs" ke dalam kotak sisi. Setelah bersarapan dan lengkap berpakaian "riding gears" saya pun bergerak ke tempat RV di Hata Square menemui Don.
 
Kami borak2 kecil bercerita tentang masa lampau kerana agak lama juga kami tidak menunggang bersama. 
 
Kami mengisi minyak di Esso Tmn Putra dan memulakan perjalanan mendaki Bukit Ampang - Hulu Langat ke Kuala Klawang. 
Selepas Titi Kong saya menyimpang ke kiri melalui jalan kampung dan "bypass" pekan Kuala Klawang menuju ke Simpang Pertang. Jalan kampung yang penuh berliku dan kurang rata ini memaksa kami meunggang dengan kelajuan amat sederhana dan berhati-hati. Selepas Simpang Pertang saya mula menggunakan GPS naluri saya yang selama ini berfungsi pada tahap 95% kejituan. Kira-kira 100km perjalanan papan tanda menunjukkan arah ke Kuantan pada suatu persimpangan yang agak besar. Saya tidak pasti jalan yang sama akan membawa kami ke Muazam Shah seperti yang dirancangkan maka kami berhenti di warung tepi jalan untuk bertanya. 
Nampaknya GPS saya 100% tepat kali ini. Kami berehat minum sebentar dan meneruskan perjalanan ke Muazam Shah yang jauhnya 100 km lagi kurang lebih. Sepanjang perjalanan kami dikelilingi oleh ladang kelapa sawit dan kepala sawit dan sawit dan sawit....
Keadaan jalan agak memuaskan tetapi beralun-alun dan ada sedikit sebanyak tampalan. Setelah menikmati liku-liku di Klawang kini kami melalui jalan yang kebanyakan lurus. Cuaca menyebelahi kami, tidak panas tidak hujan, sedang-sedang aja gitu...
(to be continue Muazam Shah onwards)